Saturday 27 October 2012

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT PENGAJARAN BERTEMA



BAHASA MALAYSIA

Kelas                             : Prasekolah Sri Mawar
Tarikh                           : 18 Oktober 2012
Masa                             : 0800-08.30 pagi
Bilangan murid             : 21 orang
Modul                           : Bertema
Tema / topik                 : Buah-buahan
Tunjang utama              : Komunikasi Bahasa Malaysia
Strandard Kandungan   : BM3.2 Mengenal huruf vokal
Standard Pembelajaran : BM 3.2.3 Mengenal huruf vokal yang terdapat dalam perkataan
Kesepaduan tunjang     : PSE 2.3.4 Bertutur dengan penuh keyakinan
Obektif                          : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1.     Mengecam dan mengenali huruf vokal
2.    Mengenal pasti huruf-huruf vocal dalam mana-mana perkataan yang dijumpai.
Pengetahuan sedia ada murid    : Murid sudah mengenali dan mengetahui huruf A –Z
Kemahiran Berfikir (KB)          : Menjana idea, menghubungkait
Penerapan Nilai                         : Berani memberi pendapat, bersopan semasa berkomunikasi
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Kad huruf vokal   dan lembaran kerja
Fokus kecerdasan pelbagai (MI): Kecerdasan  bahasa, visual ruang
Kosa kata                  : Huruf vokal
Langkah / masa
Isi pelajaran
Aktiviti
Bahan/catatan

Set Induksi
(5 minit)

Sesi soal jawab

Guru menunjukkan  sebuah kotak tertutup yang berisi 5 huruf dan meminta murid meneka huruf tersebut dalam kumpulan  . Jika murid ada menyebut huruf vokal, guru akan menulis huruf yang disebut   di papan putih. Guru mengeluarkan huruf satu persatu  dan meminta murid menyebutnya.

KB : menjana idea
Perkembangan P&P
Langkah mengenal dan mengingat huruf vocal


Langkah 2 :
Mengecam huruf vocal dalam perkataan






Langkah 3:
Latihan Pengukuhan
Beberapa orang murid diminta ke depan untuk menulis kembali huruf-huruf vokal yang telah di ajar.

Setelah itu, guru menunjukkan contoh beberapa perkataan. Guru meminta murid mengeja perkataan yang ditunjukkan. Beberapa orang murid lagi dipanggil untuk mengecam dan menyebut  huruf-huruf vokal  yang terdapat dalam perkataan tersebut.

Murid menyelesaikan lembaran kerja yang diberi
BBM : kad perkataan

Strategi : Berpusatkan murid
Penutup
(5 minit)
a e i
o u
 
Nyanyian lagu



Murid menyanyikan lagu vocal sebagai mengukuhkan lagi kefahaman mereka.

BBM:
Pemain Cakera Padat
CD lagu


Refleksi : Aktiviti pengajaran terlaksan dengan lancar. Semua murid memberi kerjasama dan objektif saya tercapai 100% untuk hari ini.



Thursday 18 October 2012

RPH Taman Haiwan


Nama Kelas                        : Prasekolah Tekun
Umur                                   : 6 tahun
Bil. Kanak-kanak                  : 15 orang                                                                             
Masa                                      : 8.30-9.30 pagi
Tarikh                                    : 14 Oktober 2012
Komponen                            : Bahasa dan Komunikasi
Aktiviti                                   : (a) Bersoaljawab menggunakan bahasa yang
                                                 mudah.
                                                 (b) Melakonkan watak.
                                                 (c) Menjawab soalan yang disediakan dengan betul.
Tema                                      : Haiwan
Subtema                                 : Haiwan liar.
Fokus MI                               : (a) Menjawab soalan dengan tepat dan kreatif
                                                 (b) Mengkategori dan mengenalpasti haiwan liar
Hasil Pembalajaran                 : 2.2.1 Mengemukan soalan dengan
                                                     menggunakan intonasi yang betul.
                                                 2.2.2 Menjawab soalan dengan tepat.
                                                 2.2.3 Menjawab soalan secara kreatif.
Pengetahuan Sedia Ada         : (a) Kanak-kanak pernah melihat
                                                   sesetengah binatang       
                                               : (b) Kanak-kanak mengetahui sebahagian
                                                 daripada nama binatang tersebut.
Penerapan Nilai                      : (a) Bersyukur
                                                 (b) Yakin diri
Bahan                                      : Blog, video lagu,carta lagu, kad perkataan 
                                                   dan gambar, kuiz online.
Penggabungjalinan                 : Pranombor, prasains, seni, bahasa dan
                                                    komunikasi.


LANGKAH
ISI
STRATEGI
SUMBER / BAHAN
CATATAN
Set Induksi

( 10
minit )
Lagu
‘ 5 ekor monyet”
·                     Kanak-kanak menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.

·                     Kanak-kanak menyanyi mengikut senikata video  pada komputer.


·         Carta lagu

·         Video
MI :
·         Muzik dan pergerakkan
·         Bahasa dan Komunikasi
Langkah I

( 10
minit )
Guru memperkenalkan haiwan liar
Contoh :
·                     Gajah
·                     Harimau
·                     Zirafah
·                     Singa
·                     Guru memasang dokumentari binatang dan meminta murid  mengenal pasti binatang yang terdapat dalam video tersebut
·                     Bersoal jawab dengan bahasa yang mudah dan menggalakkan murid bercerita.
·           Slaid
bergambar



·                     video
Penggabungjalinan :
a)      Bahasa dan komunikasi
b)     Perkembangan kognitif
MI :
Prasains dan bahasa.
Langkah II

( 10
minit )
Menerangkan ciri-ciri haiwan liar dan mengeja nama binatang tersebut
Contoh :
·                     Ciri - bentuk
             - warna
              -habitat
·                     Guru menunjukkan slide atau video ciri-ciri haiwan liar dan jinak
·                     Guru meminta murid mengklasifikasikan kedua kumpulan haiwan tersebut
·                     Murid disuruh mengeja nama haiwan tersebut
·                    Video
·                     slaid
Kemahiran mengeja dan  mengklasifikasi
Langkah III

( 11
minit )
Membaca perkataan yang mudah.
Contoh perkataan :
 Gajah
Harimau
.
·                     Kanak-kanak disuruh melakonkan watak   binatang tersebut berdasarkan gambar yang diberikan.
·                     Kanak-kanak dikehendaki mengeja nama binatang

·      Slaid
bergambar
Perkembangan bahasa
Langkah IV

( 11
minit )
Kuiz
·                     Guru menyediakan soalan untuk menguji minda  murid.

·                     Murid yang cuba menjawab dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik akan diberikan  hadiah.


Kuiz online.
·                    Perkembangan bahasa
·                     Awal sains
·                    Perkembangan kognitif
Penutup


( 8
minit )
Bersyukur
Guru menerangkan   kepada murid tentang kuasa tuhan menjadikan haiwan dalam pelbagai bentuk dan ciri.Kita diminta bersyukur dengan anugerahNya.
Penerapan Nilai :

·                     Bersyukur

Refleksi :: Semua murid dapat mengikuti p&p yang telah dirancangkan. Keadaan kelas juga terkawal sepenuhnya ketika aktiviti dilaksanakan. Murid-murid seronok kerana ada hadiah diberikan untuk setiap jawapan yang betul dijawab.




Saturday 13 October 2012

Pengenalan


Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.


Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.