Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk
mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya
bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau
bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang
lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi
kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental
sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.
Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika,
anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan
Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut
beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat
pembelajaran.